top of page

Ibu campak bayi dari tingkat 11 Pangsapuri

  • Editorial
  • 29 Nov
  • 1 min membaca
ree


TAIPEI  – Seorang wanita telah ditahan oleh polis selepas didapati melakukan kesalahan dengan mencampakkan bayi lelakinya yang baru dilahirkan dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Taiwan, lapor portal berita Must Share News. 


Siasatan awal polis di Taiwan mendedahkan bahawa suspek yang dikenali sebagai Xia, 22, melahirkan seorang bayi lelaki sihat pada 28 November 2024.  

Xia didakwa wanita itu membalut bayi tersebut dengan selimut lalu diletakkan di tingkap sebelum menolaknya ke bawah. 


“Bayi itu jatuh dari tingkat 11 dan disahkan meninggal dunia akibat keretakan tulang serta kecederaan organ dalaman. 


“Suspek dikatakan bertindak demikian selepas bertengkar dengan teman lelakinya. pasangan itu menjalinkan hubungan sejak 2021,” kata polis lagi.

 

Kes itu pada mulanya diklasifikasikan sebagai kemalangan oleh polis kini ditukarkan kepada pembunuhan selepas siasatan selesai sepenuhnya baru-baru ini.

 

Xia juga didakwa atas tuduhan membunuh, dengan pendakwa raya membawa kes tersebut di mahkamah di bawah Akta Kebajikan Kanak-Kanak dan Belia.- Agensi

Komen


bottom of page