top of page

Jangan beli 'kereta' baharu, GRS boleh pecut terus

  • EDITOR
  • 21 Nov
  • 1 min membaca
ree


LIBARAN – Datuk Masiung Banah menyifatkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ibarat sebuah ‘kenderaan’ yang boleh ‘dipecut’ serta-merta berbanding memilih parti baharu yang tidak berpengalaman dan memakan masa.


Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, jika menggunakan ‘kenderaan’ baharu (parti baharu), sudah tentu ia memerlukan masa untuk membiasakan diri memandu dan tidak boleh terus dipandu laju.


Jelasnya, begitulah juga analogi terhadap kerajaan GRS.


"Kalau parti baharu membentuk kerajaan, tentunya mereka mengambil masa untuk menyusun pelbagai perkara terlebih dahulu.


"Tetapi, GRS sudah membuktikan dalam dua, tiga tahun ini, perubahan itu sudah kita nampak dan tidak seteruk sebelum itu.


"Perancangan pembangunan sudah ada dan sedang berjalan. Seperti 'kereta' sudah kita biasa, kita boleh pecut terus," katanya dalam sidang media sempena Program Suara Rakyat, Telinga Pemimpin, di Libaran, pada Khamis.


Masiung turut menzahirkan keyakinan bahawa GRS berjaya menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga yang ditandingi Datuk Amirshah Yaakub.




Komen


bottom of page