top of page
  • kumara885
  • 5 hari lalu
  • 1 min membaca
Dua lelaki ditahan seludup daun lketum menggunaka  Proton Exora di Jalan Kulim-Jeli hari ini.
Dua lelaki ditahan seludup daun lketum menggunaka Proton Exora di Jalan Kulim-Jeli hari ini.

JELI – Taktik licik dua lelaki yang menyeludup 759 kilogram daun ketum menggunakan Proton Exora untuk meraih keuntungan hasil jualannya di Kelantan berjaya dihidu polis.


Kedua-dua individu itu turut berjaya dicekup di tepi jalan Kampung Kulim, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi semasa menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora.

Katanya, semasa kejadian unit kereta peronda polis mendapati sebuah MPV dari arah sebuah sebuah stesen minyak di sini menghala ke Ayer Lanas dipandu dalam keadaan mencurigakan.


"Para anggota polis menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren lampu beacon untuk mengarahkan MPV dinaiki kedua-dua suspek itu berhenti di tepi jalan Kampung Kulim di sini untuk tindakan pemeriksaan lanjut.


“Hasil pemeriksaan polis di dalam kenderaan dipandu suspek berjaya membawa kepada penemuan sebanyak 69 bungkusan plastik berwarna hitam yang berisi 759 kg daun ketum.


“Selain itu, polis turut menjumpai satu botol minuman yang mengandungi 600 mililiter air ketum,” katanya pada Ahad.


Beliau turut menambah bahawa semakan lanjut polis mendapati, kedua-dua suspek masing-masing memiliki satu rekod jenayah dan satu rekod lampau kesalahan dadah.


Jelasnya lagi, ujian air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek juga mendapati mereka positif dadah jenis ketamin.


"Kedua-dua lelaki itu kini direman untuk membantu siasatan lanjut polis yang dijalankan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Komen


bottom of page