top of page

KDN beri jaminan selesaikan isu teknikal MyKad - Saifuddin

  • kumara885
  • 21 Okt
  • 1 min membaca
ree



SHAH ALAM, 20 Oktober- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tidak akan membiarkan mana-mana penerima bantuan subsidi kerajaan yang layak teraniaya akibat isu teknikal atau penyalahgunaan identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN mengambil maklum mengenai aduan berhubung penyalahgunaan MyKad oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menebus bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


“Saya memberi jaminan bahawa SARA adalah hak rakyat dan kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana penerima yang layak teraniaya akibat isu teknikal atau penyalahgunaan identiti.


“Sekiranya berlaku penyalahgunaan MyKad, baki sumbangan SARA akan dipulangkan semula kepada penerima yang terlibat setelah disahkan melalui siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.


Komen


bottom of page