top of page
  • kumara885
  • 7 hari lalu
  • 1 min membaca
Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail


PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri telah mengesahkan bahawa pasport iaitu dokumen perjalanan milik menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah dibatalkan.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan pembatalan pasport Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan dibuat susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan siasatan terhadap ahli perniagaan itu yang menjadi buruan.


"Perkara pertama yang saya semak adalah apakah ada permohonan daripada SPRM meminta Jabatan Imigresen untuk membatalkan pasport individu tersebut. Jawapannya, ada. Maka, tindakan itu tidak bercanggah dengan apa-apa peraturan.


"Apakah notis pemakluman untuk memasukkan individu itu ke dalam senarai Interpol (Polis Antarabangsa) juga dibuat SPRM, seperti yang disahkan Tan Sri Razarudin Husain (bekas Ketua Polis Negara)," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Oktober dan Sambutan Hari Inovasi 2025 Kementerian Dalam Negeri, di sini..


Tambah Saifuddin, biarpun kes itu berada di bawah bidang kuasa SPRM namun, pihaknya akan mendapatkan maklumat lengkap daripada semua agensi berkaitan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk JIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Ditanya sama ada nama Muhammad Adlan telah dimasukkan dalam senarai Interpol, Saifuddin menjelaskan, perkara tersebut telah dibuat oleh badan siasatan tersebut.


Ditanya juga sama ada Muhammad Adlan bergerak menggunakan pasport yang telah dibatalkan, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya akan menyemak dakwaan tersebut.


Komen


bottom of page