top of page

“Kedudukan saya dalam parti dan kerajaan akan diumumkan pada PAU 2025” – Akmal Saleh

  • kirthana63
  • 1 hari lalu
  • 1 min membaca
Dr Muhamad Akmal menegaskan bahawa seorang pemimpin tidak sepatutnya gentar untuk menyuarakan perkara yang benar.
Dr Muhamad Akmal menegaskan bahawa seorang pemimpin tidak sepatutnya gentar untuk menyuarakan perkara yang benar.

KUALA LUMPUR: Kedudukan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, dalam parti dan kerajaan dijangka akan diumumkan secara rasmi semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang dijadual berlangsung minggu depan.


Dr Muhamad Akmal menyatakan bahawa kepimpinan beliau dalam parti bukan didorong semata-mata oleh jawatan atau pangkat, tetapi berasaskan kepercayaan dan sokongan daripada ahli akar umbi.


“Kita menjadi pemimpin bukan kerana jawatan atau pangkat, tetapi kerana rakyat di bawah. Insya-Allah, kedudukan saya dalam parti dan kerajaan juga akan saya umumkan semasa PAU minggu hadapan,” kata Dr Muhamad Akmal dalam hantaran di Facebooknya di sini pada Sabtu.


Beliau menambah bahawa suara akar umbi akan terus dibawa melalui cawangan dan bahagian pada PAU yang akan datang, demi penyatuan agama dan bangsa.


Dr Muhamad Akmal juga menegaskan bahawa seorang pemimpin tidak seharusnya takut untuk menyuarakan perkara yang benar.


Sebelum ini, ADUN Merlimau itu mencadangkan agar UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan mengambil peranan sebagai pembangkang. Namun, cadangan tersebut ditolak oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan sehingga tamat penggal.


Komen


bottom of page