top of page

Kematian pempengaruh Taiwan disiasat ikut prosedur ketat - KDN

  • S.KUMARA
  • 7 Nov 2025
  • 1 min membaca
Saifudin Nasution Ismail
Saifudin Nasution Ismail

PUTRAJAYA - Siasatan polis terhadap kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsi, 31, yang ditemui mati dalam tub mandi di bilik sebuah hotel di ibu negara pada 22 Oktober lalu, dijalankan mengikut prosedur ketat.


Susulan siasatan itu, polis kemudiannya menahan penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, yang didapati turut berada bersama mangsa semasa mayatnya ditemui di hotel tersebut.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, adalah penting bagi polis mengklasifikasikan sesuatu kes terlebih dahulu sebelum menentukan arah siasatan.


“Langkah ini dibuat berdasarkan bukti dan maklumat yang dikumpul. Ia merupakan kaedah siasatan serta pembukaan kertas siasatan yang betul.


“Matlamat utama ialah mencari kebenaran dan memastikan keadilan ditegakkan berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Jelajah Wira Madani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini pada Khamis.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kelewatan polis mengklasifikasikan semula kes itu daripada Kematian Mengejut (SDR) kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Namewee telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam dilaporkan berkata, suspek direman sehingga 10 November selepas proses reman dijalankan di IPD Dang Wangi. - malaysiatoday


Komen


bottom of page