top of page

Kematian pengawal keselamatan diklasifikasi bunuh

  • kumara885
  • 4 Nov
  • 1 min membaca
kematian Pengawal keselamatan diklasifikasi sebagai bunuh
kematian Pengawal keselamatan diklasifikasi sebagai bunuh

KUALA LUMPUR – Polis mengklasifikasikan semula kes kematian seorang pengawal keselamatan berusia 54 tahun yang meninggal dunia selepas diserang di luar sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini sebagai kes bunuh.


Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, siasatan kes tersebut dipinda sebagai bunuh berikutan kematian mangsa.


“Fail siasatan telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.


Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjawa minimum 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun jika disabitkan kesalahan.


Jelasnya lagi, suspek dalam kes ini yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai penghuni kondominium tersebut dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan lanjut daripada timbalan pendakwa raya (TPR).


“Ini kerana kes ini pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.


"Namun, setelah mangsa meninggal dunia, kes disemak semula dan diklasifikasikan sebagai membunuh.


"fail siasatan awal kes telah disiapkan dan sudah dirujuk kepada TPR tiga hari selepas kejadian dan kini menunggu arahan lanjut mengenai tindakan seterusnya," tegas beliau


Komen


bottom of page