- kumara885
- 16 Okt
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Selepas tertangguh sejak Disember tahun lalu, proses lelongan kereta mewah dan 727 barangan peribadi milik usahawan sensasi Datuk Seri Vida bakal dilelong pada 30 Oktober ini.
Menerusi notis perisytiharan jualan lelong yang disiarkan dalam ruang iklan sebuah akhbar berbahasa Inggeri tempatan hari ini, jualan berkenaan dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd pada Vida.
Tindakan itu susulan kegagalan Vida membuat bayaran dengan jumlah sebenar yang tertunggak kepada syarikat subkontraktor AH Design Communication.
Selain gagal mencapai tawaran penyelesaian serta permohonan Vida agar proses lelongan ditangguhkan selama hampir setahun atas alasan barangan yang disita adalah barangan pinjaman.




Komen