top of page

Kes bunuh, liwat bayi 9 bulan: ‘Kau binatang, bukan manusia’

  • S.KUMARA
  • 24 Nov
  • 2 min membaca
Reaksi ibu mangsa di media sosial. Kredit media sosial
Reaksi ibu mangsa di media sosial. Kredit media sosial

SHAH ALAM – “Kau tak layak dipanggil manusia, tetapi binatang.” Demikian luahan seorang ibu selepas pelaku yang membunuh anak lelakinya berusia sembilan bulan pada tahun 2021 akhirnya telah dijatuhkan hukuman berat atas kesalahan meliwat dan membunuh bayi tersebut.


Menerusi satu hantaran di Facebook, pengguna akaun BiEy Adawiah mengakui bahawa dia berasa kesal dengan tindakan pelakunya iaitu suami kepada pengasuh anaknya yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut.


“Apabila aku dengar DPP (Timbalan Pendakwa Raya) beritahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .Ya Allah gelapnya dunia.


"Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia! Kau memang Binatang!” keluhnya dalam status FB tersebut.


Wanita itu bagaimanapun bersyukur apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan terhadap tertuduh yang juga seorang penganggur.


“Setelah empat tahun aku menunggu keputusan dengan sabar sama ada kau bersalah atau tidak, hari ini kau dijatuhkan hukuman.


"Sebelum ini kau tidak mengaku kau buat. Bermainlah anak di taman syurga. Dunia yang kejam ini bukan tempatmu. Semoga kita berjumpa di sana,” katanya.


Terdahulu, dalam keputusan kes pendakwaan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin memutuskan hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan ke atas tertuduh, Mohamed Badruldin Mohamed, 40, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.


Bagi kes meliwat, tertuduh dihukum penjara 10 tahun dan satu sebatan, manakala bunuh pula, lelaki itu dipenjara selama 30 tahun dan 12 sebatan. Hukuman penjara itu diarah berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 29 April 2021.


Tertuduh didakwa membunuh mangsa di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini pada pukul 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021. Berdasarkan fakta kes, sampel DNA dan ekstrak air mani tertuduh ditemui di dubur dan usus besar bayi itu.- malaysiatoday.com.my


Komen


bottom of page