Kes bunuh pempengaruh Taiwan: Kertas Siasatan sudah diangkat ke TPR
- S.KUMARA
- 12 Nov
- 1 min membaca

Kes bunuh pempengaruh Taiwan: Kertas Siasatan sudah diangkat ke TPR
KUALA LUMPUR - Polis telah melengkapkan kertas siasatan membabitkan kes siasatan ke atas penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau Namewee berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kertas siasatan itu telahpun dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Rabu.
"Kertas siasatan kes ini telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.
"Kita masih menunggu arahan lanjut dari TPR," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada Isnin lalu, tempoh reman ke atas Namwee telah disambung selama tiga hari lagi bermula 11 hingga 13 November ini untuk membantu siasatan.
Sebelum ini, Namwee tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5 November lalu selepas dikaitkan dengan kematian seorang pempengaruh wanita Taiwan yang ditemui tidak bernyawa di sebuah lokasi di ibu negara.
Fadil sebelum ini memaklumkan bahawa kes tersebut pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), ia kemudian disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh kerana disyaki membabitkan unsur jenayah.
Difahamkan, Namewee ditahan selepas disyaki berada di lokasi kejadian ketika insiden kematian wanita Taiwan itu berlaku.- malaysiatoday




Komen