top of page

Kes bunuh Pempengaruh Taiwan: Namwee disambung reman tiga hari

  • S.KUMARA
  • 10 Nov
  • 1 min membaca
Penyanyi Rap tempatan Namwee disambung reman tiga hari lagi
Penyanyi Rap tempatan Namwee disambung reman tiga hari lagi

KUALA LUMPUR - Polis telah melanjutkan tempoh reman terhadap penyanyi rap, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, selama tiga hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang wanita warga Taiwan di sebuah hotel di sini Oktober lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Fadil Marsus berkata, mahkamah membenarkan permohonan polis untuk sambung reman hingga 13 November ini.


Sebelum ini, Namewee direman enam hari hingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian pempengaruh itu yang diklasifikasi sebagai kes bunuh.


Media sebelum ini melaporkan Namewee tampil ke IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sini bulan lalu.


Namwee ditahan bagi membantu siasatan selepas polis klasifikasi kes sebagai kes bunuh serta dia merupakan individu terakhir yang berada di bilik hotel mangsa tersebut.


Kes sedang disiasat polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun. - malaysiatoday



Komen


bottom of page