Kes mati wanita Taiwan: Namwee dijamin, polis tunggu laporan autopsi mangsa
- S.KUMARA
- 31false17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan melibatkan seorang penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee, 42, atau Namewee akan dirujuk semula ke Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) selepas laporan bedah siasat pempengaruh wanita Taiwan diperoleh.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini, Namewee dibebaskan dengan jaminan polis bermula hari ini sehingga 26 November ini sementara menunggu laporan bedah siasat lengkap.
Katanya, kertas siasatan telah dirujuk ke PPN hari ini dan suspek juga dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa diperolehi kelak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam media melaporkan tiada bukti mengaitkan Namewee berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan berkenaan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar dilapor berkata, sehubungan itu, Namewee akan dilepaskan dengan jaminan polis.
Sebelum ini, Namewee direman selama enam hari sehingga Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan.
Tempoh reman itu kemudian disambung lagi sehingga 13 November ini.
Terdahulu, penyanyi berusia 42 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 5 November lalu bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, Fadil dilaporkan berkata, kes tersebut pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-malaysiatoday




Komen