top of page

Kes rasuah: SPRM sahkan Sofia Rini bebas dengan jamin

  • Editorial
  • 1 Dis
  • 1 min membaca
ree

PUTRAJAYA: Seorang wanita bernama Sofia Rini Buyong yang dikaitkan dalam klip video perbualan bersama ahli perniagaan berhubung isu rasuah telah dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Isnin.


Wanita itu dijamin selepas tempoh tahanan reman terhadapnya tamat hari ini.


Maklumat terbaharu itu telah disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, seeprti dipetik dan dilaporkan oleh portal berita BH hari ini.


"Reman tamat hari in dan tidak disambung. (Dibebaskan) dengan jaminan SPRM," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.


Sebelum ini wanita itu ditahan bersama dua lagi individu iaitu ahli perniagaan bernama Albert Tei dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan SPRM pada 28 November lalu.


Mereka ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan membantu siasatan.


Sementara itu, Albert Tei dan Shamsul Iskandar masih direman selama enam hari sejak Sabtu lepas.

Komen


bottom of page