Kes tembak, tetak di Sendayan: Dua lelaki direman
- S.KUMARA
- 22 Nov
- 1 min membaca

Kes tembak, tetak di Sendayan: Dua lelaki direman lima hari
SEREMBAN - Polis telah menahan dua lelaki dalam kes seorang lelaki ditembak dan ditetak berhampiran sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek itu kini direman selama lima hari sehingga 26 November ini bagi membantu siasatan lanjut dalam kes tersebut.
Katanya, perintah reman terhadap lelaki berusia 32 dan 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Saifol Sayuti di Mahkamah Majistret Seremban pada Sabtu.
"Penahanan mereka bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya di sini.
Sebelum ini seorang lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai ditetak dan ditembak oleh sekumpulan individu berpelitup muka bersenjatakan pistol dan parang.
Kejadian itu berlaku jam 11.23 malam ketika mangsa datang ke sebuah restoran berhampiran lokasi untuk makan malam bersama keluarga.
Lelaki terbabit turut dilaporkan mempunyai 42 rekod jenayah termasuk kes samun, mendatangkan kecederaan dan pecah rumah.





Komen