top of page

KPWKM Bangunkan Pelan Tindakan OKU yang Baharu

  • kumara885
  • 18 Okt
  • 2 min membaca
ree


KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang membangunkan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (PTOKU) yang baharu sebagai kesinambungan kepada PTOKU 2016-2022.


Menterinya Yang Berhormat Dato Sri Hajah Nancy binti Shukri berkata, sehingga 30 September lalu KPWKM telah melaksanakan sesi perbincangan bersama OKU, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili OKU, Anggota Lantikan (Individu) Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) serta kementerian, agensi dan pihak

berkepentingan.


Katanya, perbincangan pembangunan PTOKU baharu ini turut melibatkan wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkaitan isu keperluan reka bentuk sejagat dalam pembangunan projek perumahan serta akses OKU kepada persekitaran atau kemudahan awam.


"Bagi meningkatkan aksesibiliti OKU kepada bangunan awam dan persekitaran alam bina, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan Audit Akses ke atas 247 bangunan atau premis awam dalam tempoh 13 tahun di antara 2011 hingga 2023.


"Hasil dapatan Audit Akses ini telah dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-46 (MPFN Ke-46)," katanya dalam jawapan bertulis dalam portal rasmi Parlimen di sini.


Beliau menjawab demikian kepada pertanyaan Ahli Parlimen Rantau Panjang Yang Berhormat Dato' Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff yang meminta kementerian menyatakan pelaksanaan Pelan Tindakan OKU (2025-2030) serta apakah strategi dasar perumahan negara serta sokongan sosiologinya yang disediakan oleh Kementerian kepada OKU.


Dalam perkembangan sama, Nancy menambah bahawa KPWKM telah mengesyorkan supaya setiap negeri menyeragamkan dasar dan carta panduan reka bentuk sejagat; Merangka Pelan Induk Aksesibiliti; Menubuhkan pasukan Reka Bentuk Sejagat (Universal Design);dan Mengguna pakai Piawaian Malaysia atau Malaysia Standard (MS)

dan dasar-dasar lain yang berkaitan keperluan penyediaan kemudahan OKU dalam kelulusan Pelan Pembangunan.


Sementara itu, katanya Dasar Perumahan Negara 2018-2025 (DRN 2018-2025) telah dibangunkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan menjadi asas bagi menentukan hala tuju perancangan serta pembangunan sektor perumahan di Malaysia sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


"Selain DRN 2018-2025, KPKT telah turut membangunkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara (DRMM) bagi menggariskan standard, spesifikasi utama, harga serta panduan bagi pembangunan rumah mampu milik sama ada yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pihak swasta bagi mengatasi isu yang dibangkitkan berkaitan dengan industri perumahan mampu milik.


"Kawalan pemilikan rumah mampu milik di bawah DRMM memberi keutamaan kepada

pemohon OKU, selain syarat asas warganegara berumur 18 tahun ke atas, pendapatan gaji pokok isi rumah serta berdaftar dengan Lembaga Perumahan Negeri," tegas beliau.


Komen


bottom of page