top of page

Kura-kura Galapagos tertua Zoo San Diego, Gramma mati pada usia 141 tahun

  • EDITOR
  • 28 Nov
  • 1 min membaca
ree

SAN DIEGO – Setelah lebih satu abad menikmati makanan kegemaran seperti salad romaine dan buah kaktus, penghuni tertua di Zoo San Diego, iaitu kura-kura Galapagos yang diberi nama Gramma akhirnya meninggal dunia pada 20 November lalu.


Gramma dilahirkan di habitat asalnya dan dianggarkan berusia kira-kira 141 tahun.


Gramma dikatakan menjadi salah satu haiwan tertua di dunia yang diketahui pernah hidup di zoo.


Tarikh tepat ketibaannya di Zoo San Diego tidak dapat dipastikan namun pegawai zoo berkata, haiwan itu dibawa dari Zoo Bronx, New York pada tahun 1928 atau 1931 sebagai sebahagian daripada kumpulan pertama kura-kura Galapagos ke zoo tersebut.


Sepanjang kehidupannya di Zoon berkenaan, Gramma menghiburkan pengunjung dengan personalitinya yang 'manis' dan pemalu.


Gramma yang menerima jolokan Ratu Zoo itu didakwa menyaksikan dua perang dunia dan 20 Presiden Amerika Syarikat sepanjang hayatnya.


Pihak Zoon berkenaan menambah, Gramma menghidap masalah tulang akibat faktor kelanjutan usia dan keadaan kesihatannya merosot sebelum ia disuntik euthanasia.


Rentetan perkembangan itu, ramai pengunjung zoo berkenaan mula berkongsi kenangan mereka di media sosial tentang lawatan pertama mereka menemui Gramma sewaktu kecil dan kembali bertahun-tahun kemudian bersama anak-anak mereka.


Menurut Cristina Park, 69, salah satu kenangan awalnya ialah memegang kura-kura di zoo ketika berusia tiga atau empat tahun.


Pengalaman tersebut memberi inspirasi kepadanya untuk memelihara kura-kura gurun kecil dan mendalami usaha pemuliharaan kura-kura dalam kehidupannya. - Agensi

Komen


bottom of page