top of page

Lagi tanah mendap, sebahagian laluan di Masjid India ditutup

  • S.KUMARA
  • 10 Nov
  • 1 min membaca
Selepas setahun berlaku tanah mendap mengorbankan wanita warga Andhra Pradesh, satu lagi insiden tanah mendap berulang di Masjid India hari ini.
Selepas setahun berlaku tanah mendap mengorbankan wanita warga Andhra Pradesh, satu lagi insiden tanah mendap berulang di Masjid India hari ini.

KUALA LUMPUR - KUALA LUMPUR: Selepas setahun berlakunya insiden jalan mendap yang mengorbankan nyawa wanita warga India di Masjid India pada tahun 2024, hari ini satu lagi insiden jalan mendap berlaku pada pagi tadi.


Rentetan itu sebahagian laluan di Jalan Bunus Masjid India ditutup kepada laluan awam, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.


Katanya, penutupan itu membabitkan laluan dari Lorong Masjid India 4 di sebelah masjid hingga ke kawasan terjejas bagi tujuan keselamatan dan kerja siasatan.


"Siasatan pemeriksaan DBKL mendapati kejadian mendapan itu berlaku di Jalan Bonus, Masjid India berhampiran premis Bombay Jewellery pada kira-kira jam 8.39 pagi tadi.


"Pasukan DBKL, Air Selangor, Indah Water Konsortium (IWK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berada di lokasi untuk menjalankan siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Tambah DBKL, penutupan itu juga bagi memastikan keutamaan dan keselamatan orang awam terpelihara.


"Pemantauan dan kerja teknikal akan diteruskan, perkembangan lanjut berkaitan kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya lagi. - malaysiatoday


Komen


bottom of page