top of page

Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Arab Saudi perluas kerjasama strategik KL-Riyadh

  • kumara885
  • 4 Nov
  • 1 min membaca
Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim

Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke Arab Saudi perluas kerjasama strategik KL-Riyadh


RIYADH: Lawatan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, ke Arab Saudi bermula Ahad menjadi pemangkin kepada hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi yang semakin kukuh.


Ia sekali gus memperluaskan kerjasama strategik dalam bidang perdagangan, pelaburan serta hal ehwal Islam antara kedua-dua negara.


Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, berkata lawatan itu diyakini akan memacu hubungan antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi selaras aspirasi bersama untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang.


"Lawatan ini memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dan pada masa sama, membuka pintu usaha sama yang baharu.


"Kita nampak terdapat potensi untuk syarikat-syarikat Malaysia melabur di Arab Saudi.


"Ini kerana ekonomi Arab Saudi berkembang pesat bawah Visi 2030 Arab Saudi bawah kepimpinan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.


Komen


bottom of page