Lebih 1.21 hektar hutan di Bukit Taman Seri Timah terbakar
- S.KUMARA
- 7 Nov
- 1 min membaca

BALAKONG – Kebakaran hutan melibatkan kawasan seluas kira-kira 1.214 hektar dilaporkan berlaku di atas Bukit Taman Seri Timah di sini pada Khamis mencemaskan penduduk perumahan sekitar kawasan tersebut.
Peniolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 7.02 malam
Katanya, bertindak atas maklumat itu, seramai 14 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn serta bantuan BBP Seri Kembangan, BBP Serdang serta dua Pasukan Bomba Sukarela bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 13 kilometer.
"Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 7.25 malam sebelum mendapati kebakaran melibatkan hutan di atas bukit berkenaan," katanya dalam kenyataan pada malam Khamis.
"Anggota bomba telah melakukan kerja-kerja pemadaman di lokasi kejadian dan dikawalk sepenuhnya," ujarnya.





Komen