top of page

lelaki cuba leraikan gaduh dua rakan cedera dikelar

  • S.KUMARA
  • 9 Nov
  • 1 min membaca
ree

lelaki cuba leraikan gaduh dua rakan cedera dikelar


Kuala Lumpur – Niat baik seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan antara rakannya dengan individu lain di kawasan Pudu berakhir dengan tragedi apabila dia mengalami kecederaan akibat dikelar, pada Rabu lalu.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, mangsa berusia 21 tahun itu cedera di bahagian kepala, muka dan tangan dalam insiden tersebut.


"Siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan selepas terkena kelaran pisau ketika cuba menenangkan keadaan dalam pergaduhan itu.


"Dalam kejadian itu, suspek turut mengambil beberapa barangan milik rakan mangsa sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.


Tambah beliau, rentetan daripada insiden itu, empat lelaki warga tempatan berusia antara 16 hingga 23 tahun yang disyaki terlibat dalam pergaduhan itu telah berjaya ditahan polis di beberapa lokasi berasingan di ibu negara, Selangor dan Johor bagi membantu siasatan lanjut.


"Kesemua suspek itu kini direman selama tujuh hari bermula 6 hingga 12 November depan untuk siasatan lanjut polis.


"Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," ujarnya.


Jika disabitkan kesalahan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan juga denda atau sebat.


Komen


bottom of page