top of page

Lelaki diserang beruang dalam tandas awam di Tokyo

  • Editorial
  • 29 Nov
  • 1 min membaca
ree

MAEBASHI (Jepun) - Seorang lelaki melalui nasib agak malang dan menyedihkan ketika hendak membuang air apabila diserang seekor beruang di dalam tandas awam di sini.


Insiden itu dilaporkan berlaku berhampiran stesen kereta api di Wilayah Gunma, barat laut Tokyo, pada awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo hari ini.


Pengawal keselamatan berusia 69 tahun itu memberitahu polis yang dia menyedari kehadiran beruang itu yang menjenguk ke dalam tandas ketika dia hendak keluar dari bangunan tandas awam itu, yang terletak di luar Stesen JR Numata.


Mangsa telah mengalami calar ringan pada kaki kanannya akibat diserang beruang itu.


Lelaki itu kemudian terjatuh tetapi sempat melawan dengan menendang, menyebabkan beruang yang dianggarkan berukuran antara 1 hingga 1.5 meter panjang itu telah melarikan diri dari lokasi kejadian itu.


Dia kemudian bergegas ke pondok polis berhampiran untuk melaporkan kejadian yang berlaku kira-kira 1.20 pagi.


Bagaimanapun, difahamkan bahawa operasi stesen kereta api telah tamat ketika kejadian serangan beruang itu berlaku.- Agensi



Komen


bottom of page