Lelaki ditahan beri gangguan seksual terhadap tiga gadis remaja MRSM
- S.KUMARA
- 27 Nov
- 1 min membaca

HULU SELANGOR – Seorang lelaki berjaya diberkas polis selepas disyaki bertanggungjawab melakukan jenayah gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ibrahim Husin berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan polis daripada mangsa pada jam 4.16 petang Rabu.
"Siasatan awal polis mendapati suspek seorang warga tempatan dipercayai masuk ke dalam asrama berkenaan.
"Suspek kemudian menyentuh ketiga-tiga remaja berusia 16 tahun ketika mereka sedang tidur di katil masing-masing," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambah Ibrahim, semakan lanjut juga mendapati suspek berusia 48 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
"Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini bagi permohonan reman.
""Kes berkenaan sedang disiasat polis di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebatan jika disabitkan kesalahan," tegasnya lagi. - malaysiatoday.com.my





Komen