top of page

Lelaki ditahan rogol remaja perempuan

  • kumara885
  • 5 Nov
  • 1 min membaca
ree

Lelaki ditahan rogol remaja perempuan


GOMBAK - Seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Bandar Tasik Puteri di sini.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang juga ibu mangsa berusia 35 tahun berhubung kejadian itu pada jam 8.15 malam, Ahad.


“Mangsa dipercayai telah dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Menurut beliau, susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan suspek berkenaan untuk siasatan lanjut.


“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Gombak, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222," katanya.


Komen

Tidak Dapat Memuatkan Komen
Nampaknya ada masalah teknikal. Cuba sambungkan semula atau muat semula halaman.
bottom of page