top of page

Lelaki ditemui tidak bernyawa di tepi jalan

  • S.KUMARA
  • 7 hari lalu
  • 1 min membaca
ree

KOTA BHARU – Malang tidak berbau bagi seorang lelaki warga emas apabila ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di tepi jalan di Kampung Tapang, Kubang Kerian di sini pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 12.25 tengah hari berhubung penemuan mangsa yang tidak sedarkan diri di hadapan sebuah lot kedai yang tidak beroperasi.


Kata beliau, pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum pemeriksaan mendapati mangsa sudah tidak bergerak sebelum pegawai perubatan yang hadir untuk tindakan lanjut.


"Pegawai perubatan KKM memeriksa dan mengesahkan kematian lelaki tersebut.

.

“Mayat warga emas terbabit kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (Hospital Pakar USM) Kubang Kerian bagi tujuan bedah siasat," katanya dalam kenyataan Rabu.


Tambah beliau, polis sedang melaksanakan siasatan lanjut dalam kes tersebut.


"Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.


Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.- malaysiatoday.com.my




Komen


bottom of page