Lelaki mati ditembak di restoran
- Editorial
- 20 Nov
- 1 min membaca

SEREMBAN - Seorang lelaki dilaporkan maut disyaki ditembak dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di sini pada Rabu.
Menurut maklumat orang awam, sebelum kejadian berlaku mangsa dikatakan sedang makan di restoran berkenaan sebelum didatangi dua kenderaan.
Mangsa kemudian dilihat berlari ke seberang jalan dan orang awam turut mendengar bunyi tembakan sebelum mangsa dilihat rebah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.23 malam tadi.
"Semasa anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Seremban telah terima penggilan MERS 999 daripada sorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di lokasi.
"Kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan," katanya lagi.
Difahamkan, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dijangka mengeluarkan kenyataan berhubungan kejadian tersebut dalam masa terdekat.





Komen