Lelaki Nepal, liwat, campak kucing dari flat direman
- Editorial
- Nov 19
- 1 min membaca

SHAH ALAM - Tindakan jijik seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, di sini, kelmarin akhirnya diberkas polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, polis menerima satu laporan 12.30 pagi yang dibuat oleh salah seorang penghuni pangsapuri berkenaan.
"Siasatan mendapati, pengadu bersama suaminya yang baru tiba di kediaman mereka melihat dari dalam kereta seorang lelaki dalam keadaan bogel dipercayai sedang meliwat seekor kucing.
"Suami pengadu kemudian naik ke aras empat untuk menegur perbuatan suspek tetapi suspek mencampak kucing itu ke bawah sebelum melarikan diri dan kejadian itu turut dirakam oleh pengadu menggunakan telefon bimbitnya.
"Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki warganegara Nepal berumur 33 tahun yang dipercayai suspek kejadian pada jam 4.45 pagi," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Ramsay berkata, suspek yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri terbabit ditahanan reman selama lima hari bermula 15 hingga 19 November oleh Majistret Mahkamah Shah Alam bagi membantu siasatan. -malaysiatoday





Komen