top of page

Lelaki tikam mati isteri direman polis

  • S.KUMARA
  • 2 Dis
  • 1 min membaca
ree

TANAH MERAH - Seorang warga emas yang ditahan polis selepas menikam isterinya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini pada Isnin kini direman untuk membantu siasatan lanjut.


Suspek berusia 63 tahun itu direman selama enam hari sehingga 7 Disember ini.


Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun jika disabitkan kesalahan.


Suspek warga tempatan itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 9.25 pagi memakai baju lokap berwarna ungu dan tangan bergari diiringi polis berkawalan ketat.


Suspek yang kelihatan tenang itu memakai cermin mata dan menaiki kenderaan polis.


Semalam media melaporkan bahawa seorang wanita berusia 40 tahun maut ditikam suaminya dipercayai menggunakan sebilah pisau di kediaman mereka di Kampung Paku, Gual Ipoh.


Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mastura Abdullah, 40, yang bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian belakang badan.


Suspek dikatakan telah menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh di sini kira-kira jam 1 petang.

Pasangan tersebut sudah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 10 dan 12 tahun.


Polis mengesyaki mangsa dibunuh selepas suspek mengesyaki dia mempunyai kekasih lelaki.


Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, HTM untuk bedah siasat dan selamat dikebumikan jam 7 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku pada Selasa.



Komen


bottom of page