top of page

Little India Brickfields meriah digempur 'shopping' Deepavali

  • kumara885
  • 19 Okt
  • 2 min membaca
Suasana Deepavali di Little India Brickields
Suasana Deepavali di Little India Brickields

KUALA LUMPUR, 19 Oktober - Dengan berbaki kurang 48 jam untuk masyarakat Hindu di negara ini bakal menyambut perayaan Deepavali 20 Oktober ini di serata dunia, pusat bandar raya iaitu Brickfields Little India bertambah meriah kali ini.


Masyarakat India memanfaatkan peluang hujung minggu sejak Jumaat untuk turun berbelanja raya sebagai persiapan akhir menyambut pesta cahaya yang menjadi simbol menghapuskan kegelapan membawa cahaya harapan.


Rata-rata Little India Brickfields terang menyinar pada waktu malam Sabtu diterangi lampu dan perhiasan sambutan Deepavali.


Kain banting dengan tulisan 'Selamat menyambut Hari Deepavali 2025' tergantung di merata tempat sepanjang Jalan Tun Sambanthan sekitar Little India menambah lagi suasana kemeriahan.


Masyarakat India baik anak muda hingga dewasa dan kanak-kanak menggunakan peluang untuk turun membeli pakaian raya tradisional antaranya sari sutera, cotton, baju sut Punjabi, kurta untuk lelaki dan ada juga yang diimport dari India.


Kali ini, lebih banyak pilihan disediakan menerusi jualan reruai putih yang mana setiap pakaian dijual unik dan eksklusif diimport dari beberapa negeri utara India antaranya Jaipur, Hyderabad, dan sebagainya dengan harga yang munasabah serta berpatutan.


Selain itu beraneka juadah manis tradisional India turut dijual dalam reruai yang disediakan di kiri dan kanan bahu jalan.


Justeru, kunjungan mengejut beberapa pemimpin dalam negara juga menambah kemeriahan di Little India.


Kebanyakan orang yang turun berbelanja untuk persiapan Deepavali memilih untuk menyambut Deepavali dalam suasana meriah tetapi penuh kesederhanaan akibat faktor ekonomi semasa.


Lebih menarik, terdapat rakan rakan kita dari kaum lain iaitu Melayu, Cina dan 'Mat Salleh' turut turun berbelanja membeli baju tradisional wanita India seperti sari dan baju Jippa dipercayai untuk berkunjung ke rumah kenalan pada hari sambutan Deepavali Isnin nanti.


Lagu-lagu Deepavali juga menambah lagi kemeriahan dan suasana bazaar di Little India di sini kali ini.


Komen


bottom of page