top of page
  • kumara885
  • 24 Okt
  • 1 min membaca
Mayat lelaki ditemukan dalam sebuah kereta Vios di parkir Tol Bandar Cassea, Batu Kawan.Foto, Bomba P.Pinang
Mayat lelaki ditemukan dalam sebuah kereta Vios di parkir Tol Bandar Cassea, Batu Kawan.Foto, Bomba P.Pinang

Mayat lelaki dalam Vios di Tol Bandar Cassea Batu Kawan


SEBERANG PERAI SELATAN – Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah kereta yang diparkir berhampiran kawasan rehat berdekatan Tol Bandar Cassia, di sini pada petang Khamis.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.10 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan bergegas ke lokasi.


Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian pada jam 4.17 petang, pihaknya mendapati terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Toyota Vios yang diparkir di kawasan berkenaan.


“Anggota bertugas kemudiannya membuat ‘size up’ dan membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas.


“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa, seorang lelaki berusia 43 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.16 petang dengan kekuatan lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT)," katanya lagi.


Komen


bottom of page