top of page

Mayat lelaki reput dalam semak

  • kumara885
  • 2 Nov
  • 1 min membaca
ree

Mayat reput ditemui dalam semak


GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki disyaki warga tempatan ditemui di kawasan semak berhampiran Taman Ghee Hiang, Lebuh Gelugor di sini pada Jumaat.


Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Lee Swee Sake berkata, mayat berkenaan ditemui pada jam 7.20 malam oleh orang awam sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis


Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati si mati dipercayai merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 45 tahun berdasarkan kepada dokumen pengenalan diri yang dijumpai di dalam pakaiannya.


"Pemeriksaan badan si mati dan sekitar tempat kejadian oleh pasukan Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang dan Unit Pengesan K9 IPK Pulau Pinang tidak menjumpai sebarang kesan yang mencurigakan.


"Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian si mati tidak dapat dikenal pasti disebabkan mayat sudah reput. Bagaimanapun, tiada kesan cedera daripada perbuatan jenayah dikesan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Berikutan itu, Swee Sake berkata, kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu laporan telah dibuka untuk siasatan lanjut.


Komen


bottom of page