top of page

Mayat pempengaruh Taiwan sudah dituntut keluarga, tunggu hasil Patalogi

  • S.KUMARA
  • 27 Nov
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR - Mayat pempengaruh wanita warga Taiwan berusia 31 tahun yang ditemukan mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay di sini pada 22 Oktober lalu sudah dituntut oleh ahli keluarganya.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus sambil mengesahkan perkara itu berkata, setakat ini polis masih menunggu laporan patologi dari pihak hospital untuk tindakan lanjut.


“Kita masih belum mendapat keputusan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) ada beberapa tindakan lagi yang perlu kita dapatkan termasuk laporan patologi dari hospital.


“Kita telah bagi lanjutan jamin selama 14 hari kepada individu berkenaan (Namewee),” katanya dalam sidang media pada Khamis.


Terdahulu beliau hadir merasmikan Program Kesejahteraan Komuniti 'Disiplin Terjaga, Generasi Terbina' Tahun 2025 di Pusat Konvensyen HGH, ibu negara.


Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Megat Affandi Ismail.


Sebelum ini, media melaporkan pengarah dan penyanyi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali Namewee, 42, disambung jaminan polis dua minggu lagi manakala siasatan kematian pempengaruh wanita berkenaan diteruskan.


Jaminan polis terhadap Namewee itu disambung sehingga 10 Disember depan.


Peguam negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan, pembebasan Namewee berikutan tiada sebarang petunjuk kukuh dapat mengaitkan individu berkenaan secara langsung dengan punca kematian pempengaruh wanita warga.


Beliau turut mengesahkan arahan untuk siasatan lanjut dikeluarkan kepada Polis Diraja

Malaysia bagi mengumpul lebih banyak maklumat dan melengkapkan kertas siasatan. - malaysiatoday.com.my



Komen


bottom of page