top of page

Mayat wanita reput dalam pelepah sawit

  • kumara885
  • 5 Nov
  • 1 min membaca
ree

mAYAT WANITA REPUT dalam pelepah Sawit


KUANTAN - Mayat wanita dalam keadaan reput ditemui di bawah longgokan pelepah kelapa sawit di sebuah kebun kelapa sawit di Batu 19, Jalan Karak-Kuala Pilah, Telemong, pada Isnin.


Ketua Polis Pahang Komisioner Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan itu kira-kira jam 5 petang.


"Hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati mayat berkenaan ialah seorang wanita, namun identiti mangsa belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Beliau berkata, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong bersama pasukan forensik, Unit Anjing Pengesan dan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.


"Beberapa barangan dipercayai milik wanita itu turut ditemukan berhampiran lokasi, antaranya sehelai seluar sukan berwarna hijau, seutas jam tangan jenama Casio, sepasang selipar hitam serta baju hud berwarna hitam,” katanya.


Yahaya berkata, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.


Komen


bottom of page