top of page

Mayat warganegara India di tangga rumah kedai disyaki dibunuh

  • S.KUMARA
  • 7 Nov
  • 1 min membaca
mayat warga India ditemui ditangga rumah kedai disyaki dibunuh di Puchong semalam.
mayat warga India ditemui ditangga rumah kedai disyaki dibunuh di Puchong semalam.

SERDANG - Penemuan seorang lelaki pemastautin tetap dalam keadaan tidak sedar diri di tangga sebuah rumah kedai di Puchong pada Khamis disyaki dibunuh, mencetuskan kejutan dalam kalangan penduduk sekitar.


Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, bilik gerakan Ibu pejabat polis daerah Serdang telah menerima panggilan awam sekitar jam lebih kurang 7.03 malam memaklumkan penemuan mayat lelaki tersebut.


Katanya bertindak atas maklumat itu sepasukan anggota telah bergegas ke lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya.


"Pemeriksaan di lokasi mendapati, seorang lelaki dianggarkan berumur 49 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di tangga rumah kedai di kawasan Pusat Bandar Puchong.


"Siasatan sedang dijalankan polis di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh orang yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun jika disabitkan kesalahan," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.


Tambah beliau, kes masih dalam peringkat siasatan.


"Identiti mangsa dikenalpasti sebagai warga India dan siasatan lanjut diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian.


"Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Serdang di talian 03-8074 2222," tegasnya lagi.- malaysiatoday


Komen


bottom of page