top of page
  • kumara885
  • 2 hari lalu
  • 1 min membaca
Shahidan dilantik sebagai pengerusi PN Perlis
Shahidan dilantik sebagai pengerusi PN Perlis

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli Menyambut baik terhadap pelantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis yang baharu.


Menurut Mohd Shukri, pelantikan itu mampu memastikan gabungan itu terus kekal mentadbir selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.


Ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang itu menjadi salah seorang daripada dua Pengerusi PN Negeri yang digugurkan daripada jawatan dalam sidang Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, semalam.


Dalam hantaran di Facebook, Mohd Shukri menyifatkan perlantikan bekas Pengerusi Perhubungan Umno Perlis itu mampu memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di negeri Perlis.


"Setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Dr Shahidan Kassim atas pelantikan sebagai Pengerusi PN Perlis yang baharu.


"Semoga dengan pelantikan ini, Datuk Seri akan terus memimpin dan memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di negeri ini.


"Sekali gus memastikan pentadbiran PN terus kekal mentadbir Perlis dan membawa kejayaan dalam PRU ke-16 kelak," katanya dalam status Facebook tersebut hari ini.


Sebelum ini, Mohd Shukri yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Perlis serta Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Pahang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah digugurkan daripada jawatan.


Tempat Saifuddin diambil alih oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.


Selain untuk mengukuhkan struktur PN di peringkat negeri, pengguguran Mohd Shukri dipercayai mempunyai kaitan dengan siri penolakan akar umbi Pas terhadap beliau di peringkat bahagian.


Komen


bottom of page