top of page

Menutup tirai lawatan rasmi ke Republik Türkiye - PM ANWAR IBRAHIM

  • malaysiatoday01
  • 9 Jan
  • 1 min membaca
Menutup tirai lawatan rasmi ke Republik Türkiye - PM ANWAR IBRAHIM

Menutup tirai lawatan rasmi ke Republik Türkiye di Istanbul dengan pertemuan bersama pimpinan industri perniagaan bagi meneroka peluang baharu serta memperkukuh kerjasama ekonomi dan pelaburan yang saling menguntungkan.


Perdana Menteri melalui facebook beliau berkata, "Saya turut terima kunjungan Mesut Özil, figura sukan yang kini aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan dan pembangunan masyarakat, membuka ruang pertukaran pandangan yang bermakna".


Beliau mensifatkan lawatan rasmi ini cukup luar biasa dan amat berjaya memperteguh persahabatan Malaysia-Türkiye, memacu kerjasama strategik merentas sektor sekali gus membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara.


Komen


bottom of page