top of page
  • kumara885
  • 18 Okt
  • 1 min membaca
Tan Sri Vickneswaran. Kredit Foto:Bernama
Tan Sri Vickneswaran. Kredit Foto:Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - MIC tidak akan menjemput Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi atau mana-mana pemimpin lain pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti keramat India itu yang dijadualkan berlangsung pada 16 November depan.


Presidennya, Tan Sri SA. Vigneswaran berkata, AGM kali ini diadakan hanya untuk sehari dan akan memfokuskan sepenuhnya terhadap hal-hal dalaman parti tersebut.


"Tiada siapa akan dijemput, termasuk Zahid. AGM kali ini untuk perwakilan dan delegasi MIC sahaja.


"Ini bukan satu perkembangan baharu. MCA pernah mengadakan mesyuarat agung tanpa menjemput sesiapa. Maka kali ini MIC membuat ketetapan yang sama," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di ibu negara pada malam Khamis.


Diminta mengulas sama ada mesyuarat CWC kali ini telah membincangkan tentang pendirian parti itu sama ada kekal atau bakal meninggalkan BN, bekas Presiden DEwan Negara itu juga membalas secara ringkas kepada pemberita; "tunggu untuk AGM".


"Kalau kami nak buat keputusan sendiri, apa salahnya? Dulu kami pernah jadi kerajaan, sekarang ada pasukan baru (PH). Yang penting, kita mesti ada kerusi untuk bertanding.


"Ada yang masih mengkritik kegagalan kerajaan sebelum ini. Walaupun MCA dan MIC dalam gabungan BN, sebenarnya Umno yang mentadbir negara ini. Kalau nak salahkan, kenalah salahkan Umno bukannya MCA atau MIC," ujarnya lagi.


Komen


bottom of page