top of page
  • kumara885
  • 24 Okt
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) disaran mengambil tindakan terhadap pemandu kenderaan persendirian syarikat dari Singapura yang masih gagal mematuhi proses pemasangan dan pengaktifan Road Charge Vehicle Entry Permit (RC-VEP).


Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu penting bagi memastikan semua kategori pemandu asing mematuhi undang-undang jalan raya Malaysia seperti mana pemandu tempatan.


"Walaupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah berjaya melaksanakan penguatkuasaan berkesan terhadap pemandu persendirian Singapura, masih terdapat segelintir pemandu di bawah kategori syarikat yang berdegil tidak mematuhi syarat berkenaan.


"Sebanyak 1,269 notis peringatan telah dikeluarkan dan ia sepatutnya menjadi amaran mencukupi agar pemandu syarikat segera memasang serta mengaktifkan RC-VEP,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Lam Thye dalam masa sama memuji tindakan tegas JPJ yang berjaya melaksanakan 3,910 saman dengan kutipan kompaun berjumlah RM1.17 juta terhadap pemandu kenderaan persendirian warga Singapura yang gagal memasang dan mengaktifkan Radio Frequency Identification (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP).


"Kejayaan operasi ini membuktikan tindakan berterusan JPJ bukan sahaja mendidik, malah memastikan pemandu asing menghormati undang-undang jalan raya di Malaysia,” jelasnya.



Komen


bottom of page