- kumara885
- 3 hari lalu
- 1 min membaca

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy pada Ahad mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan bahawa Muniandy, 64, mengangkat sumpah dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Kehakiman di sini.
Beliau mengangkat sumpah dihadapan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.
Muniandy yang berasal dari Negeri Sembilan mempunyai kelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian Universiti Malaya dan Sarjana Undang-Undang Universiti Malaya.
Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Peguam Persekutuan di Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara dari 1980 hingga 1984.
Sepanjang kerjaya, Muniandy pernah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Majistret, Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi) di Jabatan Peguam Negara serta Pengarah Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia.





Komen