Mursyidul Am PAS dimasukkan ke Hospital Kangar
- S.KUMARA
- 20 Nov
- 1 min membaca

KANGAR - Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
Perkara terbaharu itu telah diumumkan di media sosial beliau dan juga Pemuda PAS semalam.
“Mohon semua agar dapat melaksanakan solat hajat untuk mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan beliau,” sebut mesej tersebut.
Maklumat lanjut rawatan terhadap Hashim masih tidak didedahkan lagi.
Mesej itu juga menyebut bahawa Hashim tidak dapat menerima kunjungan kerana keadaan tidak mengizinkan.
“Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua,” katanya.





Komen