top of page

Nama calon BN akan diumumkan seminggu sebelum hari penamaan calon - Zahid Hamidi

  • kumara885
  • 17 Okt
  • 1 min membaca
Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan nama calon dan kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 seminggu sebelum hari penamaan calon diadakan.


Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN tidak akan bertanding di kesemua 73 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) sebaliknya pihaknya akan teliti kawasan fokus.


Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam Khamis.


Mengulas tentang kesiapsiagaan menghadapi PRN Sabah, Ahmad Zahid berkata, BN akan melipatgandakan usaha untuk memperoleh kemenangan bagi setiap DUN ditandingi susulan kekalahan yang dialami dalam PRN Sabah ke-16 pada 2020.


Beliau turut mengulangi pendirian BN untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN kali ini, namun mengakui ia memerlukan kerjasama politik dengan parti lain untuk membentuk kerajaan negeri.


"Setakat ini tiada penganalisis sebut ada parti atau gabungan boleh bentuk kerajaan dengan majoriti, ertinya realiti politik Sabah mesti ada jalinan terutama kerjasama semasa prapilihan raya dan pascapilihan raya," katanya.


Terdahulu, semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau telah menerima senarai calon dengan sekurang-kurangnya tiga hingga lima bagi setiap DUN yang akan ditandingi.


Komen


bottom of page