top of page

Nga Kor Ming akhir minta maaf kepada wartawan

  • kumara885
  • 5 hari lalu
  • 1 min membaca
Nga Kor Ming
Nga Kor Ming

IPOH - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada pengamal media susulan kenyataan beliau pada satu program pencahayaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini yang didakwa menyinggung perasaan beberapa pihak dalam kalangan wartawan.


Menurutnya , sebagai seorang yang menghormati kebebasan media dan kebebasan bersuara, teguran yang diterima akan dijadikan pengajaran supaya fokus utama dapat dikembalikan kepada usaha membina negara.


"Saya menerima dengan hati terbuka segala teguran. Sekiranya ada rakan-rakan media yang terasa atau terkilan dengan kata-kata saya, saya tarik balik dan mohon maaf.


"Saya mahu kita semua terus fokus kepada usaha membina semula tanah air tercinta ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Padang Madani Taman Boon Bak di sini.


Tambah Kor Ming, sepanjang hampir 30 tahun dalam dunia politik beliau sentiasa menghormati pengamal media yang berperanan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.


"Saya tegaskan, mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya amat menghormati media. Jadi, saya berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi dan kita semua boleh terus ‘move on’ untuk memartabatkan negara," katanya.


**Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan Kor Ming menjawab dengan nada sedikit keras pertanyaan seorang wakil media berhubung penggunaan bahasa Inggeris pada nama acara berkenaan.


Tindakan itu bagaimanapun menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm).


Dalam perkembangan sama, Kor Ming turut mengumumkan beberapa peruntukan baharu untuk pembangunan di sekitar Ipoh termasuk RM9 juta bagi pembinaan Pasar Baharu Pasir Putih dan RM2 juta bagi projek pencahayaan semula bandar raya melalui inisiatif ‘I Lite U Ipoh’.


Komen


bottom of page