top of page

Operasi cari anggota polis dihanyut arus deras ditangguh

  • S.KUMARA
  • 29 Nov
  • 1 min membaca
ree

SEPANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota polis yang dihanyutkan arus deras sebelum dikhuatiri lemas selepas kereta Perodua Bezza dinaikinya terperangkap dalam banjir berhampiran Klinik Desa Giching, telah ditangguhkan pada hari ini.


Operasi SAR itu akan disambung semula pada hari Ahad esok.


Semasa kejadian, mangsa dipercayai cuba berpaut di tiang papan tanda jalan ketika cuba menyelamatkan diri sebelum dihanyutkan arus deras dalm insiden pada Jumaat.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, komander operasi memaklumkan siasatan mendapati seorang sahaja mangsa berada di dalam kereta ketika kejadian, bukan empat seperti laporan awal.


“Pencarian dilakukan secara ‘water surface’ sejauh dua kilometer, manakala Unit Penyelam (PPDA) dari BBP KLIA menjalankan operasi selaman. Unit PPDA BBP Shah Alam turut dalam perjalanan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah beliau, operasi pencarian hari ini dibahagikan kepada tiga sektor iaitu kawasan kampung berhampiran, kebun kelapa sawit dan pasukan PPDA JBPM menjalankan empat selaman serta pencarian dasar menggunakan teknik Harch Pattern.


“Liputan pencarian melibatkan kawasan sepanjang lima kilometer, namun mangsa masih belum dijumpai sehingga operasi ditangguhkan pada pukul 6 petang. Operasi SAR akan disambung semula pagi esok,” tegas beliau.



Komen


bottom of page