ORANG RAMAI DIGESA TIDAK MENGADAKAN SEBARANG PERHIMPUNAN SEPANJANG TEMPOH LAWATAN RASMI : KDN
- kirthana63
- 6 Feb
- 1 min membaca

PUTRAJAYA : Negara akan menerima kunjungan rasmi Perdana Menteri India pada 7 Februari hingga 8 Februari .
Lawatan rasmi tetamu negara ini mencerminkan hubungan diplomatik yang kukuh serta saling menghormati antara kedua-dua negara. Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) melalui pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) bertanggunjawab menyusun semua persiapan keselamatan semperna lawatan tersebut demi memastikan tiada sebarang insiden yang boleh mencetuskan kekacauan dan menganggu ketenteraman awam .
Sehubungan itu , orang ramai digesa tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi tersebut . Pihak PDRM juga akan berjumpa dengan penganjur perhimpunan dan meminta mereka memberi kerjasama tidak meneruskan perhimpunan yang dirancang .
Sebagai kementerian yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negara , KDN melalui PDRM akan terus melaksanakan tanggungjawabnya secara profesional dan tegas bagi menjamin keselamatan rakyat serta kestabilan negara .





Komen