top of page

Pangsapuri Hong Kong terbakar: 44 maut, 3 diberkas polis

  • Editorial
  • 27 Nov
  • 1 min membaca
ree

HONG KONG: Kebakaran besar yang masih marak di sebuah kompleks pangsapuri penduduk di Hong Kong telah mengorbankan sekurang-kurangnya 44 orang dan hampir 300 orang lagi masih dikhuatiri hilang.


Api dipercayai merebak pantas akibat penggunaan perancah buluh yang tidak selamat serta bahan pelapik yang digunakan dalam kerja penyelenggaraan, menurut polis.


Anggota bomba dan penyelamat yang sedang bertugas sepanjang malam bergelut untuk mencapai tingkat atas kompleks perumahan Wang Fuk Court berikutan bahang melampau dan asap tebal dari kebakaran yang tercetus petang semalam.


Kompleks di daerah Tai Po, utara Hong Kong itu mempunyai 2,000 unit pangsapuri merangkumi lapan blok.


Menjelang awal pagi ini, pihak berkuasa memaklumkan kebakaran di empat blok berjaya dikawal, manakala operasi memadamkan api masih diteruskan di tiga blok lain selepas lebih 15 jam.


Rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan api masih marak dari sekurang-kurangnya dua menara setinggi 32 tingkat, dengan asap tebal berkepul keluar dari beberapa bahagian bangunan.


Jaring keselamatan hijau dan perancah buluh yang digunakan pada bangunan berkenaan adalah sebahagian daripada amalan pembinaan tradisional China, namun penggunaannya sedang dihentikan di Hong Kong sejak Mac lalu atas faktor keselamatan.


Polis berkata, selain bangunan diselubungi jaring perlindungan dan plastik yang mungkin tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran, beberapa tingkap pada sebuah bangunan yang tidak terjejas didapati ditutup dengan bahan pelapik yang dipasang syarikat pembinaan bagi menjalankan kerja penyelenggaraan.


"Kami mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak bertanggungjawab dalam syarikat itu cuai secara serius, sehingga membawa kepada kemalangan ini. Agensi


Komen


bottom of page