Parti MUDA tidak bertanding dalam PRN Sabah
- S.KUMARA
- 11 Nov
- 1 min membaca

KOTA KINABALU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengesahkan bahawa pihaknya tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan diadakan pada 29 November ini.
Perkara itu disahkan oleh MUDA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa di sini.
Menerusi kenyataan sama, Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) MUDA Sabah juga membuat ketetapan untuk kekal berkecuali dalam PRN Sabah kali ini daripada menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang akan bertanding, sama ada parti tempatan mahupun parti nasional.
"MUDA Sabah mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon dan berharap agar gelanggang demokrasi ini diraikan dengan adil dan jujur. Bertandinglah dengan penuh integriti, tunjukkan tawaran dan manifesto anda kepada rakyat untuk mereka memilih berdasarkan idea, bukan dengan politik wang.
"Kepada rakyat Sabah, gunakan kuasa undi dengan bijak. Pilihlah pemimpin yang jujur, berprinsip serta mempunyai visi dan misi yang jelas untuk wilayah ini," katanya MUDA dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan MUDA turut menyifatkan bahawa setiap undi amat bermakna dalam menentukan hala tuju negeri Sabah.
"Ini tanggungjawab kita bersama," tegas kenyataan itu lagi.- malaysiatoday





Komen