top of page

PAS tanding lima kerusi di PRN Sabah

  • kumara885
  • 6 Nov
  • 1 min membaca
Datuk Mohd Amar Abdullah
Datuk Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU - Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan diadakan pada 29 November ini.


Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah mengesahkan parti itu akan bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PRN Sabah.


Beliau berkata, proses pemilihan calon kini berada pada peringkat akhir dengan persiapan giat dijalankan di kawasan yang telah dikenal pasti.


“Saya difahamkan Pas akan bertanding lima kerusi dan salah satunya ialah DUN Karambunai.


"Di situ, Pesuruhjaya Pas Negeri Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan sendiri akan bertanding kerana kawasan itu antara yang berpotensi tinggi untuk dimenangi,” katanya semasa sidang media di Kota Darulnaim, di sini pada Rabu.


Tambah beliau, setakat ini perbincangan terakhir menunjukkan Perikatan Nasional (PN) mungkin bertanding 40 kerusi keseluruhannya di PRN17 Sabah, namun pengumuman rasmi akan dibuat pada 11 November ini.


Ujarnya, kesemua calon akan bertanding menggunakan logo PN. - malaysiatoday




Komen


bottom of page