Patah hati putus cinta, pelajar perempuan cedera terjatuh dari sekolah
- kumara885
- 1 Nov
- 1 min membaca

SHAH ALAM - Gara-gara patah hati kerana cintanya terputus dengan teman lelakinya, seorang pelajar perempuan tercedera selepas terjatuh dari tingkat satu sebuah sekolah dalam insiden di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata mangsa merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 di sekolah tersebut.
"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan.
"Siasatan lanjut mendapati mangsa telah mengalami luka di dahi serta kaki dan kini dilaporkan berada dalam keadaan sedar serta stabil," katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.
Malah katanya, polis membuka kertas siasatan dan menyiasat kes di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan.




Komen