PDRM pandang serius tindakan pentadbir, guru tidak lapor isu keselamatan di sekolah
- kumara885
- 15 Okt
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini memberi jaminan, sekolah di seluruh negara masih lagi berada dalam keadaan selamat untuk anak-anak walaupun beberapa insiden jenayah dilaporkan membabitkan pelajar sejak akhir-akhir ini.
Bagaimanapun, katanya pihak PDRM memandang serius tindakan segelintir pentadbir sekolah dan guru yang cuba menyelesaikan masalah membabitkan keselamatan pelahar tanpa campur tangan pihak berkuasa.
"Keadaan itu tidak sepatutnya berlaku. apa-apa kejadian membabitkan keselamatan pelajar perlu dilaporkan segera dan jangan cuba menyembunyikan fakta atau kejadian sebaliknya berkongsi maklumat agar masalah ini dapat ditangani di peringkat awal lagi.
"Ia penting untuk memastikan ibu bapa juga mengetahui perkara sebenar yang berlaku di sekolah anak mereka," kata beliau selepas melancarkan Program Kempen Anti Buli di ibu negara hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad.
Dalam perkembangan sama, Mohd Khalid juga menegaskan bahawa walaupun terdapat laporan kes buli serta keganasan fizikal dan seksual di sekolah, ia masih lagi kecil berbanding jumlah institusi pendidikan itu termasuk bilangan pelajar dan guru sekolah.
" Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri sentiasa berusaha memastikan keadaan di sekolah selamat dan terjamin untuk semua pihak.
“Jika dilihat secara keseluruhan, sekolah di negara ini masih lagi selamat. Kita mempunyai lebih 10,000 sekolah dengan ratusan ribu pelajar dan lebih 400,000 guru.
“Malah PDRM juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memastikan keselamatan (di sekolah) terjamin.
"Tetapi, kita juga tidak menolak kemungkinan pendedahan di media sosial boleh mempengaruhi tindakan individu atau pelajar tertentu,” tegas beliau.





Komen