top of page

Pegawai penyiasat Penguatkuasa ditahan minta, terima suapan

  • S.KUMARA
  • 21 Nov
  • 1 min membaca
Agensi Penyiasat Penguatkuasa ditahan minta, terima suapan
Agensi Penyiasat Penguatkuasa ditahan minta, terima suapan

Pegawai penyiasat Penguatkuasa ditahan minta, terima suapan



SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pegawai penyiasat agensi penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan untuk menolong melepaskan individu daripada tindakan undang-undang kes penyalahgunaan dadah.


Reman terhadap anggota terbabit dibenarkan selama tiga hari sehingga Sabtu.


Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an telah ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira jam 3.30 petang Rabu.


"Suspek dipercayai telah meminta wang kira-kira RM3,000 daripada seorang individu yang datang berjumpa dengannya pada 18 November lalu susulan tangkapan melibatkan abangnya dalam satu kes penyalahgunaan dadah.


"Keesokannya, suspek telah mengarahkan individu terbabit untuk datang dengan membawa wang kira-kira RM1,500 serta mengambil abangnya yang ditahan sebelum itu," katanya.


Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan.


Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.-malaysiatoday



Komen


bottom of page